Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong adalah institusi Ketua Negara seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda menjalankan tugas-tugas seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Kepala Utama Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
SEJARAH PERLANTIKAN
Pada Ogos 1957, Majlis Raja-Raja telah berkenan untuk memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong bagi Ketua Negara Persekutuan Tanah Melayu, dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong hendaklah mengikut susunan Raja yang paling lama memerintah. Mengikut susunan ini, Sultan Johor Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang naik takhta pada 1895 adalah yang paling lama memerintah, tetapi baginda, yang ketika itu berusia 84 tahun, telah menolak pencalonan tersebut disebabkan telah lanjut usia.
Yang kedua dalam turutan, Sultan Pahang Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah, yang naik takhta pada 1932, juga telah menolak pencalonan. Maka itu, Raja yang ketiga paling lama memerintah iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan telah sebulat suara dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Sebelum ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak 1933.
PEMILIHAN YANG DIPERTUAN AGONG
Untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda hendaklah merupakan Raja yang memerintah di salah sebuah daripada sembilan buah negeri persekutuan iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Perak dan Kelantan. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan tatacara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja.
SENARAI YANG DIPERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong Yang Pertama
Al-Marhum
Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
Yang di-Pertuan Agong Yang Kedua
Al-Marhum
Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
Yang di-Pertuan Agong Yang Ketiga
Al-Marhum
Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Memerintah dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965
Memerintah dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965
Yang di-Pertuan Agong Yang Keempat
Al-Marhum
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
Yang di-Pertuan Agong Yang Kelima
Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku
Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
Yang di-Pertuan Agong Yang Keenam
Al-Marhum
Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
Yang di-Pertuan Agong Yang Ketujuh
Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni
Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
Yang di-Pertuan Agong Yang Kelapan
Duli
Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
Yang di-Pertuan Agong Yang Kesembilan
Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan
Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
Yang di-Pertuan Agong Yang Kesebelas
Al-Marhum
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam
Shah Alhaj
Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
Yang di-Pertuan Agong Yang Keduabelas
Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001
Yang di-Pertuan Agong Yang Ketigabelas
Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal
Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .
Yang di-Pertuan Agong Yang Kempatbelas
Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku
Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011.
Hasil kerja yang bagus.. teruskan..
ReplyDelete