CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Identiti Negara




Jalur Gemilang
                        Jalur Gemilang



*       Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia.
*       Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas negeri di Malaysia dan ibu negeri.
*       14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negeri, Kuala Lumpur.
*       Warna biru melambangkan perpaduan.
*       Warna putih melambangkan kesucian.
*       Warna merah melambangkan keberanian.

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Teks Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Teks Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

ü  Kepercayaan kepada Tuhan
ü  Kesetiaan kepada Raja dan Negara
ü  Keluhuran Perlembagaan
ü  Kedaulatan Undang-Undang
ü  Kesopanan dan Kesusilaan

                                              

Jata Malaysia
  • Bulan sabit serta bintang yang berada dalam warna kuning melambangkan agama Islam.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
  • Harimau yang berada di dua sebelah melambangkan kewibawaan Malaysia.
  • Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
  • Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).  





Bunga Raya telah dipillih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri ketika itu. Pemilihan Bunga Raya sebagai Bunga Kebangsaan  kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan. Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup aman dan harmoni di Malaysia.























2 comments:

  1. Ringkasan yang menarik.. teruskan usaha... boleh digunakan untuk mengajar Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.. Nota yang mudah untuk diingati..

    ReplyDelete